

Latar Belakang
Tarikh akhir penerimaan abstrak
11 September 2015
Tarikh pemberitahuan penerimaan abstrak
18 September 2015
Tarikh akhir kertas kerja penuh
28 Oktober 2015
Tarikh pemberitahuan penerimaan kertas kerja penuh
30 Oktober 2015
Tarikh Persidangan
3-4 November 2015
Tarikh Penting
Persidangan Kecemerlangan Melayu merupakan antara aktiviti tahunan anjuran Pusat Kajian Kecemerlangan Melayu (PKKM). PKKM sebelum ini telah pun berjaya melaksanakan beberapa persidangan di peringkat antarabangsa dan di peringkat kebangsaan yang telah disertai oleh para penyelidik, ahli akademik, institusi korporat dan para pelajar dari dalam dan luar negara. Beberapa persidangan yang dianjurkan sebelum ini juga telah membincangkan topik berkaitan dengan kebijaksaan Melayu dan jati diri Melayu dalam era transformasi masa kini.
Pada tahun 2015, PKKM akan mengadakan Persidangan Antarabangsa Kecemerlangan Melayu 2015 dengan tema 'Faktor Bukan Ekonomi yang Mempengaruhi Keadaan Ekonomi Melayu'. Persidangan ini secara tidak langsung bertujuan untuk menangani isu ketidakseimbangan ekonomi dalam kalangan masyarakat Melayu khususnya.
Persidangan pada kali ini diharap dapat menjadi platform ilmiah untuk membincangkan dan mengentengahkan kecemerlangan orang Melayu dalam bidang ekonomi agar dapat dijadikan suatu gagasan/ model dalam pembentukan dasar berkaitan ekonomi yang dapat menjaga kesejahteraan masyarakat khususnya masyarakat Melayu.
Hasil pembentangan kertas kerja dan perbincangan dalam persidangan ini nanti akan didokumentasikan oleh PKKM sama ada dalam bentuk buku ataupun jurnal yang boleh disimpan dan dirujuk kembali pada masa akan datang selaras dengan usaha PKKM untuk menjadi pusat rujukan bagi mendapatkan maklumat secara menyeluruh berkenaan Melayu.

Abstrak : 200-250 patah perkataan
Jenis Huruf: Times New Roman
Saiz Huruf: 12
Jarak: 1.5
Birai Kiri Kanan: 2.5 cm
Jenis Fail: MS Office Word
Sila nyatakan tajuk, nama, alamat penulis dan alamat e-mel.